Selasa, 5 Julai 2011

MELAYU..

Melayu itu orang yang bijaksanaNakalnya bersulam jenaka.Budi bahasanya tidak terkira,Kurang ajarnya tetap santun,Jika menipu pun masih bersopan,Bila mengampu bijak beralas tangan.   Melayu itu berani jika bersalah,Kecut takut kerana benar,Janj...i simpan di perut,Selalu pecah di mulut,Biar mati adat,Jangan mati anak.    Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:Jawa itu Melayu, Bugis itu MelayuBanjar juga disebut Melayu, Minangkabau memang Melayu,Keturunan Acheh adalah Melayu,Jakun dan Sakai asli Melayu,Arab dan Pakistani, semua MelayuMamak dan Malbari serap ke MelayuMalah mua'alaf bertakrif Melayu(Setelah disunat anunya itu)    Dalam sejarahnya ,Melayu itu pengembara lautan,Melorongkan jalur sejarah zaman,Begitu luas daerah sempadan,Sayangnya kini segala kehilangan,Melayu itu kaya falsafahnya,Kias kata bidal pusaka,Akar budi bersulamkan daya,Gedung akal laut bicara    Malangnya Melayu itu kuat bersorak,Terlalu ghairah pesta temasya,Sedangkan kampung telah tergadai,Sawah sejalur tinggal sejengkal tanah sebidang mudah terjual   Meski telah memiliki telaga,Tangan masih memegang tali,Sedang orang mencapai timba.Berbuahlah pisang tiga kali,Melayu itu masih bermimpi   Walaupun sudah mengenal universiti,Masih berdagang di rumah sendiri.Berkelahi cara Melayu,Menikam dengan pantun,Menyanggah dengan senyum,Marahnya dengan diam,Merendah bukan menyembah,Meninggi bukan melonjak.   Watak Melayu menolak permusuhan.Setia dan sabar tiada sempadan,Tapi jika marah tak nampak telinga,Musuh dicari ke lubang cacing,Tak dapat tanduk telinga dijinjing,Maruah dan agama dihina jangan,Hebat amuknya tak kenal lawan   Berdamai cara Melayu indah sekali,Silaturrahim hati yang murni,Maaf diungkap senantiasa bersahut,Tangan diulur sentiasa bersambut,Luka pun tidak lagi berparut   Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan,Segala yang ada sanggup diberikan,Sehingga tercipta sebuah kiasan:"Dagang lalu nasi ditanakkan,Suami pulang lapar tak makan,Kera di hutan disusu-susukan,Anak di pangkuan mati kebuluran"   Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu,Masihkan tunduk tersipu-sipu?Jangan takut melanggar pantang,Jika pantang menghalang kemajuan;Jangan segan menentang larangan,Jika yakin kepada kebenaran;Jangan malu mengucapkan keyakinan,Jika percaya kepada keadilan.   Jadilah bangsa yang bijaksana,Memegang tali memegang timba,Memiliki ekonomi mencipta budaya,Menjadi tuan di negara Merdeka "     -NUKILAN Usman Awang-      

Sabtu, 2 Julai 2011

‎10 Sebab Mengapa PAS dan DAP Benci Ketuanan Melayu

KUALA TERENGGANU 13 Dis. - Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib hari ini menolak cadangan Pengerusi DAP, Karpal Singh agar kerajaan meminda Perlembagaan bagi membolehkan bahasa Inggerisdijadikan bahasa kedua rasmi negara. Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu berkata, segala yang termaktub dalam Perlembagaan negara termasuk berkaitan bahasa rasmi tidak perlu dipinda dan dipertikaikan lagi.

Katanya, Perlembagaan negara sudah jelas menyebut bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan martabat bahasa tersebut perlu dipelihara dan dikekalkan sebagai satu-satunya bahasa rasmi. Beliau memberitahu, adalah memadai bahasa Inggeris dijadikan bahasa perbualan harian yang dipertuturkan oleh individu tertentu malah ramai sedia maklum bahasa tersebut juga penting sebagai bahasa antarabangsa.

"Biarlah bahasa Inggeris dijadikan bahasa perbualan saja, tak perlulah jadi bahasa kedua rasmi di samping bahasa Melayu.

"Tak payah pinda Perlembagaan kalau hanya nak jadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi kedua.

"Martabat bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara mesti dipelihara dan dikekalkan, tak perlu ada dua bahasa rasmi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau diminta mengulas saranan Karpal supaya kerajaan mempertimbangkan untuk meminda Perlembagaan bagi membolehkan bahasa Inggeris dijadikan bahasa rasmi kedua.

Menurut Pengerusi DAP itu, langkah tersebut berikutan bahasa Inggeris tidak diberi tempat sewajarnya dalam prosiding mahkamah sehingga menyebabkan pelabur asing termasuk bertaraf multinasional memilih untuk ke timbang tara daripada membawa kes mereka ke mahkamah tempatan. Kelmarin, Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) menyifatkan tindakan Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Jelutong sebagai tindakan melampau dan cadangan itu dikhuatiri boleh menyebabkan bahasa etnik lain dalam negara ini terpinggir.

Ulasan Saya : Sejak akhir-akhir ini DAP semakin berani mempertikaian hak dan perlembagaan negara yang berkaitan dengan umat Islam. Manakala - PAS seolah-olah tidak berupaya lagi menahan kehendak dan nafsu serakah DAP dalam menghapuskan hak dan keistimewaan Melayu sedikit demi sedikit. Terdapat 10 sebab mengapa DAP dan PAS takut terhadap konsep Ketuanan Melayu, sebab-sebabnya ialah :

1. DAP tahu jika mereka tidak suka dengan konsep Ketuanan Melayu, mereka boleh berambus dari Malaysia dan kembali ke China. Hiduplah di sana dengan kebebasan yang mereka idam-idamkan. Atau semua ahli DAP boleh berhijrah dan tukar kerakyatan menjadi warganegara Singapura. Di Singapura ahli-ahli DAP boleh hidup mengikut apa-apa yang mereka rasa betul dan adil.

2. PAS tidak suka kepada konsep Ketuanan Melayu - kerana mereka tahu bahawa konsep tersebut tidak bercanggah dengan Islam. Maksud sebenar Ketuanan Melayu adalah merujuk kepada konsep Hak Orang-orang Melayu di Malaysia dan bukan merampas hak orang lain. Dalam Islam mempertahankan hak adalah wajib hukumnya.

3. DAP bimbang jika ramai orang Melayu yang tahu hak-hak mereka di sisi undang-undang dan perlembagaan - maka perjuangan DAP tidak lagi relevan - malah mungkin beberapa siri tindakan mereka selama ini semakin jelas bercanggah dengan perlembagaan.

4. PAS tahu bahawa Ketuanan Melayu dan Islam merupakan kunci kekuatan UMNO - justeru itu, PAS lebih selesa menyerang konsep tersebut agar masyarakat menjadi keliru dan diperbodohkan.

5. DAP sengaja membesar-besar soal Ketuanan Melayu dan Hak Istimewa Melayu - agar menaikkan rasa benci rakyat kepada kerajaan. Sedangkan kerana adanya Ketuanan Melayulah bangsa Cina berjaya di Malaysia selama ini.

6. Menyerang konsep Ketuanan Melayu adalah cara terbaik parti pembangkang bagi mewujudkan rasa benci kepada kerajaan. Mereka tidak mahu rakyat tahu hakikat keharmonian yang dicapai selama ini adalah berasaskan kepada konsep tolak ansur dan kontrak sosial.

7. DAP adalah parti perkauman - untuk menutup identiti tersebut, maka adalah lebih baik menyerang UMNO terlebih dahulu dengan tuduhan-tuduhan bahawa UMNO adalah parti perkauman.

8. PAS bimbang dengan Ketuanan Melayu disebabkan sejarah PAS sebelum ini - yang membuktikan bahawa PAS juga memperjuangan hak orang Melayu dan Islam. Justeru itu, perjuangan PAS pada hakikatnya tiada beza dengan UMNO. Oleh sebab itu bagi mewujudkan perbezaan dengan UMNO, maka PAS menentang Ketuanan Melayu.

9. DAP sememangnya mahu menghapuskan segala identiti yang merujuk kepada Islam dan orang Melayu di Malaysia. DAP mahu menguasai politik Malaysia dengan cara yang paling jijik dan kotor - dan cara pertama adalah mengkritik secara terbuka tentang konsep Ketuanan Melayu.

10. DAP tahu - untuk mendapatkan sokongan daripada kaum bukan Cina - isu Ketuanan Melayu sangat memberi kredit yang besar kepada parti tersebut. Lantaran itu, DAP akan memainkan isu perkauman ini sehingga PRU yang akan datang bagi meraih sokongan.

Kesimpulannya : DAP harus diharamkan di negara ini - ideologinya sangat merbahaya untuk rakyat Malaysia. 

Jumaat, 1 Julai 2011

Sakaratul Maut

Sakaratul maut ialah suasana atau keadaan ketika hampir kematian.
Setiap kita akan menghadapinya pada suatu masa nanti.
Sakaratul maut adalah suatu keadaan yang sangat sukar dan menyakitkan.

...Nabi yang mulia pun merasa sangat sakit ketika menempuh sakaratul maut.
Daripada Aisyah Radhiallahu anha berkata: "Aku melihat Rasulullah saw. sedang menghadapi sakaratul-maut dan di sisinya ada sebuah mangkuk berisi air, kemudian beliau memasukkan tangannya kedalam air sambil berdoa : "Ya Allah! berikanlah pertolongan kepadaku untuk menghadapi kepedihan mati dan sakaratul-maut". (Riwayat Tirmizi)

Mari amalkan doa ini, moga Allah memberi pertolongan dan kemudahan kepada kita pada masa menempuhi sakaratul maut nanti.

“Allah humma haw win ‘alai na fii sakara til maut”.
(Ya Allah, permudahkanlah kami menghadapi sakaratul maut).

Jangan lupa meminta ampun kepada Allah di saat menhadapi sakaratul maut kerana pintu taubat masih terbuka selagi roh belum sampai ke halkom. Jika tidak dapat disebut dengan mulut, ucapkan di dalam hati, “Astagh firullah” atau “Ya Allah ampunkan dosa-dosa aku”.

Di ketika ini kalimah yang perlu sering dilafazkan ialah “LA ILA HA ILLALLAH”.

Diharapkan ada ahli keluarga yang akan mengingatkan dan mengajarkan kita untuk menyebut “LA ILA HA ILLALLAH” di saat genting sakaratul maut nanti.

Ibnu Arabi, seorang ulama tasawuf dan ahli tafsir, waktu sedang sakaratul maut, anaknya telah mentalkinkan “LA ILA HA ILLALLAH”, beliau sebaliknya menjawab, " Tidak!!! Tidak!!! Tidak!!! " Kejadian itu sangatlah mengejutkan anaknya. Setelah agak lega sedikit, dia meminta air, lalu dihulurkan oleh anaknya. Anaknya bertanya, " Mengapa bapa menafikan kalimah syahadah? " Beliau menjawab, " Oh, tidak anakku, aku tidak mendengarnya melainkan suara syaitan yang mengajak aku megikut agama Nasrani dan Yahudi! "

Pada saat sukar ini juga, iblis pula akan datang berusaha buat kali terakhir untuk menyesatkan kita.

Jika kita terpedaya dengan pujuk rayu iblis ketika sakaratul maut maka amatlah rugi kerana mendapat kesudahan yang buruk (Su ul hotimah).

Jika kita berjaya mengatasi tipu helah iblis ketika itu maka dapatlah kita kesudahan yang baik (Husnul hotimah).

Mari amalkan doa ini, moga Allah menolong kita untuk berjaya mendapat Husnul hotimah.

“Robbana la tu ziq qulu bana bak da iz hadai tana wahab lana mil ladunka rahmah innaka antal wahab”
(Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.)

“Allah humma tim lana bi husnil hotimah, Wala tah tim ‘lai na bi su il hotimah”
(Ya Allah, dapatkanlah kami kesudahan yang baik dan jauhilah kami dari kesudahan yang buruk) -

Kepada Allah kami berserah.

TUNTUTAN AMBIGA MELALUI IFC

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam... tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Inilah perjuangan Ambiga yang sedang mendapat sokongan daripada orang Islam PAS dan PKR di dalam Negara kita hari ini. Kalau inilah yang kita mahukan,marilah kita menyatakan sokongan tanpa berbelah bagi kepada Ambiga dan IFC.Maruah Melayu Islam di bawah tapak kaki si Hindu Ambiga!

(sumber : Facebook)

Rabu, 29 Jun 2011

PAS "BERKORBAN" DEMI KUASA


Adalah melucukan apabila Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat membuat ulasan kononnya UMNO tidak nyenyak kerana bimbang terhadap PAS.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian bagi mengulas kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib 
bin Tun Abdul Razak bahawa Barisan Nasional (BN) sudah lama melaksanakan negara berkebajikan.

Hakikatnya, PAS yang sebenarnya tidak nyenyak tidur memandangkan tindakan mengubah laluan bahtera politik mereka dari negara Islam ke negara berkebajikan mula mendapaf kritikan ramai.

Kritikan itu bukan sahaja datang daripada penyokong UMNO dan BN malahan di dalam PAS sendiri sudah wujud perasaan tidak puas hati berikutan tindakan PAS yang kini dilihat sanggup mengorbankan segala- galanya demi mencari kuasa politik bersama sekutunya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Walaupun Nik Abdul Aziz cuba berhujah bahawa konsep negara berkebajikan adalah sebahagian intipati yang terdapat negara Islam tetapi semua itu boleh dianggap hujah politik sahaja atau lebih tepat lagi 
ke arah matlamat menghalalkan cara.

Pertemuan penulis dengan beberapa pemimpin muda PAS selepas Muktamar Tahunan PAS ke-57 parti baru-baru ini telah memberikan pemahaman kepada penulis kenapa PAS terpaksa korbankan perjuangan negara Islamnya.

Berikut catatan daripada apa yang mereka ceritakan mengenai senario perubahan dasar politik PAS :
1. PAS yang sejak berpuluh-puluh tahun lalu mempertahankan perjuangan Islam akhirnya luntur semangat 
mereka semata- mata mahu mengejar tampuk kekuasaan. 
2. Kejayaan agak cemerlang yang dicapai oleh pembangkang dalam pilihan raya umum lalu telah
membangkitkan keghairahan PAS untuk terus bersama-sama PKR dan DAP untuk menumbangkan BN.

Tetapi untuk berada satu bahtera dengan kedua-dua parti itu bagi menuju ke Putrajaya, PAS tidak boleh berada di bahtera berasingan, mahu tidak mahu PAS perlu mengikut rentak PKR dan DAP.

Namun begitu yang menjadi halangan utama kepada PAS ialah dasar perjuangan Islamnya yang dikatakan menimbulkan perasaan tidak selesa terutamanya kepada DAP. 

Jika PAS terus bertegas dengan dasar Islam maka selagi itulah pakatan pembangkang dilihat mempunyai ideologi berbeza dan tidak mungkin dapat bersatu kerana perbezaan berkenaan.

Justeru PAS berusaha menutup isu perbezaan ini dengan menukar arah tuju perjuangannya bagi membolehkan ia serasi dengan PKR dan DAP.

Pada mulanya PAS berusaha untuk mentarbiyahkan kedua-dua parti berkenaan supaya menerima dasar Islam yang mereka perjuangkan.

Namun kedua-dua parti itu enggan tunduk sehingga memaksa PAS mengalah kerana pilihan yang mereka ada ialah teruskan dasar perjuangan Islam atau tinggalkan pakatan pembangkang.

PAS amat memahami bahawa mereka tidaklah mempunyai kekuatan politik jika bersendirian tanpa sokongan PKR dan DAP.

Walau pun sejarah politik negara membuktikan bahawa PAS bukanlah calang-calang parti tetapi keyakinan itu semakin luntur akibat diresapi dengan keterujaan untuk menguasai Putrajaya.

PAS dipengaruhi oleh PKR dan DAP bahawa kononnya BN kini berada dalam 'nazak' dan gelombang perubahan yang dikatakan melanda negara- negara di Asia Barat akan turut 'menghempas' bumi Malaysia dalam pilihan raya umum akan datang. 

Oleh itu PAS tidak mahu ketinggalan bahtera yang dikemudikan oleh DAP dan dinakhodakan PKR, maka mereka bersedia bersama-sama biar pun hanya menjadi penumpang di pelantar paling bawah atau lebih tepat lagi anak kapal yang hanya mengikut perintah sahaja.

Bagi PAS, soal kedudukan tidak penting, soal dasar perjuangan sudah tidak perlu difikirkan, apa yang lebih utama ialah menawan Putrajaya dan menumbangkan kerajaan BN.

Keghairahan PAS ini yang diibaratkan seperti kelompok yang begitu dahagakan kuasa telah diambil kesempatan oleh PKR dan DAP untuk menekan PAS supaya meninggalkan dasar perjuangan Islamnya.

Maka akhirnya wujudlah apa yang dipanggil konsep negara berkebajikan, satu konsep yang pernah dilaung-laungkan pada tahun 2008 tetapi langsung tidak dilaksanakan di negeri yang dikuasai oleh PAS sama ada di Kelantan mahu pun Kedah.

Tindakan PAS meninggalkan perjuangan negara Islamnya telah memungkinkan parti itu dilihat sebagai kelompok yang paling tidak konsisten dalam perjuangan politiknya.

Malahan PAS kini dilihat parti yang paling rugi kerana terpaksa mengorbankan ideologi perjuangannya semata-mata tunduk kepada tekanan merebut kuasa yang diuar-uarkan oleh PKR dan DAP.

Demikianlah catatan perbualan penulis dengan pemimpin-pemimpin muda berkenaan yang jelas menampakkan kekecewaan mereka terhadap perubahan hala tuju bahtera perjuangan PAS.

Walau pun PAS sering menuding jari mengatakan bahtera UMNO semakin bocor dan akan tenggelam tetapi pada pandangan pemimpin-pemimpin muda berkenaan sekurang-kurangnya UMNO tidak menggadaikan prinsip perjuangannya demi mengejar kuasa.

"UMNO dominan dalam BN, malahan berbanding parti komponen lain UMNO jauh lebih kukuh dan sedang memperbaiki kelemahan berikutan apa yang berlaku pada pilihan raya umum lalu.

"Tetapi bagaimana dengan PAS? PAS tidak berbuat apa-apa selain terus teruja hendak merebut kuasa dan apa pun yang PAS rancang sekarang bukannya memperbaiki kelemahan parti tetapi semata-mata hendak nampak serasi dengan PKR dan DAP", kata salah seorang daripada pemimpin muda PAS berkenaan.

Sememangnya pemimpin-pemimpin PAS boleh berhujah apa sahaja bagi menghalalkan tindakan mereka menuju matlamat negara berkebajikan dan ia mungkin akan diterima oleh pengikut-pengikut tegar mereka.

Namun bagi rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu yang boleh berfikir dan membuat penilaian mereka sudah pasti mengetahui betapa hebatnya PAS berusaha untuk mengejar kuasa sehingga sanggup menggadaikan segala-galanya termasuk perjuangan Islamnya.

Apa yang lebih malang dalam keghairahan itu PAS terlupa bahawa mereka bukanlah parti utama di dalam pembangkang tetapi dulu, kini dan selamanya akan hanya menjadi pak turut kepada PKR dan DAP.

Berdasarkan hakikat itu kenyataan Nik Abdul Aziz bahawa, "sekarang PAS sudah sampai titik sama dengan UMNO. Kita akan potong dan lintas dia." - hanyalah impian semata-mata.



-sumber facebook (roy)

Rabu, 25 Mei 2011

BERSATU DEMI BANGSA DAN AGAMA...

Wakil BN pertahan Hadi demi perpaduan UMNO-Pas

MENTERI Besar, Datuk Seri Ahmad Said bersalaman dengan Abdul Hadi Awang semasa Istiadat Pembukaan Penggal Persidangan Keempat, Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke-12 di Kuala Terengganu, kelmarin.


KUALA TERENGGANU 10 Mei - Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu terus diberi kepercayaan menerajui Pas kerana Presiden parti pembangkang itu sebenarnya menampakkan keikhlasan untuk berperanan menyatukan orang Melayu.
Seorang penyokong kerajaan, Alias Abdullah (BN- Alor Limbat) menegaskan, beliau akan bersama-sama mempertahankan kedudukan Abdul Hadi(Pas-Ru Rendang) jika kedudukannya dalam parti cuba dicabar.
"Selaku orang Marang, saya beri sokongan tidak berbelah bahagi kepada Datuk Seri sebagai Presiden Pas dan akan tetap mempertahankan beliau pada bila-bila masa.
"Kenapa saya mempertahankan beliau? Kerana saya nampak keikhlasan dalam dirinya untuk menyatukan orang daripada Barisan Nasional (BN) dan Pas, Insya-Allah, pada suatu hari nanti," ujarnya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika perbahasan menyokong usul ucapan penghargaan atas ucapan Ahli Majlis Perwakilan Pemangku Raja, Tengku Sri Bendahara Raja sewaktu merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Persidangan Keempat DUN Ke-12.
Alias menarik perhatian, betapa mulianya pemimpin di sisi Allah jika di kalangan mereka dapat melaksanakan suruhan agar umat Islam bersatu padu.
"Alangkah mulianya Datuk Seri Abdul Hadi jika mendahului langkah menyambut salam perdamaian daripada saudara Islamnya sendiri berbanding menjulang kafir harbi.
Tuduhan sezalim-zalim pemimpin UMNO, mereka tetap bersaksikan dua kalimah syahadah tetapi sebaik-baik kafir harbi, mereka tidak meredai Islam bertakhta," ujarnya.
Menjawab pertanyaan Mohd. Nor Hamzah (Pas-Bukit Payong) yang bangun mencelah, beliau berkata, pimpinan MCA tidak pernah membuat kenyataan memerangi usaha mendaulatkan Islam berbanding pemimpin DAP yang melontar kalimah 'langkah mayat saya dulu'.
Terdahulu katanya, Pas di negeri ini tidak mempunyai banyak alasan untuk mengajak rakyat agar menggantikan UMNO dalam pemerintahan, di sebalik keyakinannya dapat mempengaruhi semula rakyat.
"Nak dikatakan rasa ingin mencuba yang baru iaitu Pas, rakyat masih ingat orang yang sama pernah memerintah Terengganu pada 2000. Tetapi kalau tengok di Perak, Selangor dan Pulau Pinang, DAP yang menggantikan Pas," ujarnya.
Tetapi katanya, apa yang belum kebanyakan rakyat rasai dan sebilangannya tidak mengingati, adalah kewujudan sebuah kerajaan perpaaduan